Sejarah - Koperasi Sekolah-Sekolah Tamil Kedah Berhad
Sejarah - Koperasi Sekolah-Sekolah Tamil Kedah Berhad
15733
page-template,page-template-full_width,page-template-full_width-php,page,page-id-15733,bridge-core-2.4.4,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,footer_responsive_adv,qode-child-theme-ver-1.0.0,qode-theme-ver-22.9,qode-theme-bridge,qode_header_in_grid,wpb-js-composer js-comp-ver-6.3.0,vc_responsive

Mengenai Kita

Sejarah

Tuan P.C. Seenivasagam

Sebagai pengelola Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Kedah telah menyumbangkan tenaga dan wang beliau untuk menguruskan hal-hal pendaftaran KOPSTAK. Pada tahun 1960, beliau telah dilantik sebagai Yang Di Pertua KOPSTAK. Pada sambutan tahun penubuhan KOPSTAK iaitu tahun 1985, beliau telah dianugerahkan gelaran Baba Koperasi oleh jawantankuasa atas sumbangannya terhadap KOPSTAK.

1960

Pada awal tahun 1960, beberapa orang guru India dari Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Tamil, cawangan negeri Kedah telah berbincang untuk menubuhkan sebuah syarikat jimat-cermat dan pinjam meminjam di kalangan guru-guru India di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Cadangan tersebut mendapat sokongan En. P.C. Seenivasagam dan beliau merupakan penggerak utama penubuhan syarikat jimat cermat di kalangan guru India di negeri Kedah.

Pada bulan Februari 1960, satu jawatankuasa penaja telah ditubuh.

Mesyuarat penubuhan jawatankuasa penaja itu dihadiri oleh dua orang pegawai koperasi iaitu En. Rajagobal dari Pulau Pinang dan En. Vijayaraj dari Kedah, mereka mencadang untuk menubuhkan syarikat kerjasama yang kemudiannya dihadiri oleh seramai kira-kira 60 orang guru dari seluruh negeri Kedah.

Dalam mesyuarat tersebut, suatu jawatankuasa kecil dengan 11 orang ahli dilantik untuk merangka undang-undang dan seterusnya mendaftarkan Syarikat Kerjasama Guru-Guru India Negeri Kedah.

Ditubuhkan pada tahun 18 Ogos 1960 dengan nama The Indian School Teachers Cooperative Thrift and Loan Society Limited dengan sokongan PC Seenivasagam yang menjadi penyelia sekolah Tamil dengan tujuan memajukan perniagaan kredit kepada anggotanya No Pendaftaran 3441.

1971

Nama koperasi bertukar menjadi Syarikat Bekerjasama Sekolah Sekolah India Kedah.

1974

Nama koperasi berubah lagi sebagai Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Sekolah Sekolah India Kedah.

1976

Koperasi Sekolah Sekolah India Negeri Kedah

1981

Koperasi Kakitangan Sekolah Sekolah India Kedah Berhad

1995

Koperasi Sekolah Sekolah Tamil Kedah Berhad (KOPSTAK)

Lembaga Pengurusan

Keahlian KOPSTAK

Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada semua guru, pegawai dan kakitangan kerajaan berketurunan India yang berkhidmat di Sekolah-Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, dan Jabatan Pelajaran seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Fi masuk – Permohonan menjadi anggota fi masuk adalah sebanyak RM10.00.

(Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM20.00.)

Aktiviti Kredit

  • Jumlah pinjaman maksimum adalah sebanyak 90 peratus daripada jumlah modal yuran terkumpul pada tarikh permohonan pinjaman.
  • Pinjaman ini tidak memerlukan jaminan daripada ahli-ahli lain kerana jaminannya adalah ke atas wang yuran anggota yang meminjam itu sendiri.
  • Kadar faedah bagi pinjaman ini adalah 4% setahun
  • Pinjaman Serbaguna untuk pesara sebanyak RM6,000.00.
  • Pada 01.09.2013, pinjaman ini dimaksimakan sebanyak RM30,000.00.
  • Pinjaman ini wajib dijamin oleh dua orang ahli.
  • Kadar faedah bagi pinjaman ini adalah 4.5% setahun untuk tempoh bayar balik kurang dari 5 tahun dan sebanyak 5.0% setahun untuk tempoh bayar balik 5 tahun ke atas.
  • Pinjaman ini diselesaikan sebelum mereka mencapai umur 70 tahun.
  • Pinjaman yang kurang dari RM6,000.00 pesara boleh membayar secara tunai.
  • Pinjaman yang melebihi RM6,000.00, potongan dilakukan melalui bank Standing Instruction (SI).
  • Pinjaman ini hendaklah dijamin oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli yang layak berjamin bagi pinjaman RM50,000.00 dan ke bawah dan tiga orang penjamin bagi pinjaman RM50,000.00 ke atas.
  • Kadar faedah bagi pinjaman ini adalah 4.5% setahun untuk tempoh bayar balik kurang dari 5 tahun dan 5 tahun ke atas adalah faedah sebanyak 5.0% setahun.
  • Pinjaman RM50,000.00 dan ke bawah dijamin oleh dua orang penjamin.
  • Pinjaman RM50,000.00 ke atas dijamin oleh tiga orang penjamin.
  • Peminjam wajib mengambil insuran kelompak (Group Insurance) atau Insuran Perlindungan selaras dengan jumlah pinjaman. Ini adalah untuk menjaga kepentingan penjamin-penjamin dan memberi keyakinan kepada mereka untuk menandatangani sebagai penjamin.
  • Pinjaman ini adalah seperti berikut:
    • Diploma RM 2,000.00
    • Ijazah Sarjana Muda RM 6,000.00
    • Ijazah Sarjana RM5,000.00
    • Ijazah Kedoktoran RM5,000.00
    • Pengajian Professional yang kosnya melebihi RM150,000.00 RM30,000.00
  • Pinjaman ini hendaklah dijamin oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli yang layak berjamin.
  • Kadar faedah pinjaman ini adalah 2% setahun.
  • Seseorang ahli layak mengambil dua pinjaman pendidikan sahaja.
  • Jumlah pinjaman RM 10,000.00 sahaja.
  • Tempoh bayar balik hanya 36 bulan sahaja
  • Pinjaman ini mesti dijamin oleh 2 orang penjamin yang layak berjamin.
  • Jumlah jaminan meliputi jumlah pinjaman, faedah dan caj-caj lain.
  • Peminjam wajib membeli insuran kelompok atau insuran peribadi sebagai ‘colleteral’ sepadan dengan pinjaman.
  • Bayaran balik pinjaman adalah melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) dan anggota bersara mesti berunding dengan pihak bank untuk “Standing Instruction” (SI).
  • Pinjaman hanya akan di bayar setelah mempemerkan tiket kapal terbang diatas nama peminjam dan setelah menyerahkan salinannya di pejabat koperasi.
  • Jika pinjaman tidak dibayar balik dalam tempoh tiga puluh enam bulan yang ditetapkan, pihak koperasi berhak menolak pinjaman daripada modal yuran dengan caj lewat 1%.
  • Pinjaman ini adalah satu kemudahaan sahaja bukannya hak seseorang anggota.